Jumaat, 18 Mei 2012

Dosa simpan kuku panjang

Tahukah sahabat-sahabat, bahawa berdosa jika kita berkuku panjang. Dosa berkuku panjang adalah sama seperti kita memelihara sekandang babi. Dosa besar tu sahabat-sahabat!!. So tak payah la lagi lepas-lepas ni nak berkuku panjang. Lagi pun berkuku panjang ni tak baik untuk kesihatan, kerana kuman-kuman atau kekotoran mudah terperangkap di bawah kuku yang menyebabkan makanan yang dipegang akan menjadi tercemar. Kuku yang panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E=Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan mengunakan sabun. Jika anda seorang ibu yang berkuku panjang yang menyediakan makanan untuk anak-anak, boleh menyebabkan anak-anak menjadi nakal dan susah untuk ilmu masuk ke dalam kepala. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri serta untuk kesejahteraan keluarga anda.

Cara memotong kuku mengikut sunnah nabi SAW.


Berikut adalah hari-hari yang digalakkan di dalam Islam untuk memotong kuku

* Hari Sabtu    : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad     : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin      : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa   : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu     : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis  : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
* Hari Jumaat   : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat     daripada Allah Taala.

Ahad, 13 Mei 2012

Beriman kepada Malaikat


Sahabat-sahabat yang dimuliai Allah SWT sekelian. Masih ingatkah kamu semua pada "Rukun Iman" yang ke-2?.Jawapannya sudah tentu la "Percaya kepada Malaikat". Kepada yang dah lupa tu jom kita "re-fresh" balik tentang makhluk Allah yang mulia ini, iaitu "Malaikat".

Malaikat adalah makhluk mulia yang diciptakan oleh Allah SWT dari Nur (cahaya) dan merupakan makhluk ghaib yang tidak dapat dilihat oleh Manusia, pekerjaan mereka adalah sentiasa mengucap tasbih dan tidak pernah mengingkari perintah dan larangan Allah SWT. Hukum beriman kepada malaikat adalah wajib.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

" Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah Timur dan Barat itu suatu kebaikan, akan tetapi sesungguhnya kebaikan itu ialah beriman kepada Allah, Hari kemudian, malaikat-malaikat, nabi-nabi...."
(Surah: Al-Baqarah: 177)

" Barangsiapa kafir kepada Allah, malaikat-malaikatnya, kitab-kitabnya, rasul-rasulnya, dan Hari kemudian, maka orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.."
(Surah: An-Nisaa' : 136)

Rasullullah SAW bersabda ketika Jibrail bertanya tentang iman yang bermaksud:

Hendaklah kamu beriman kepada Allah, malaikat-malaikatnya, kitab-kitabnya, rasul-rasulnya, Hari Akhir dan beriman kepada takdir baik dan buruknya.."
(HR Muslim : 8 dari Umar bin Khathab RA)

Rasullullah SAW bersabda ketika Jibrail bertanya tentang iman yang bermaksud:


Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari api dan Adam diciptakan dari apa yang telah diciptakan kepada kalian.."
(HR Muslim: 2996 dari Aisyah RA)

Malaikat-malaikat yang wajib kita kenali ada 10, mereka itu adalah sebagai berikut:

1. Malaikat Jibril - Tugasnya adalah menyampaikan wahyu kepada nabi-nabi dan para rasul. Terutama kepada Baginda Rasulullah SAW. Kadang-kadang Malaikat Jibril itu datang menyerupai laki-laki yang gagah dan tampan dan ada kalanya para sahabatpun mendengar dan menyaksikan ia berdialog dengan Baginda.


Bentuk fisik Ruhul’qudus (Djibril) Bentuk fisik Ruhul’qudus, ada tertera dalam huraian mengenai kisah nabi Muhammad, kala beliau mendapat wahyu kali ke dua, dan nabi menuntut untuk bertemu atau melihat rupa asli sang utusan tuhan dari langit dalam rupa yang asli, atau bagaimana sesungguhnya dzat wujud Djibril tanpa rupa samar, sebagaimana di kali-kali yang lain, sang utusan (ruhul’qudus) selalu nampak dalam rupa seorang manusia biasa.


Ruhul’Qudus ; Tampak wujudnya dengan enam ratus sayap antara masrik dan magribh, (barat-timur) sayap dan busana kebesarannya putih laksana mutiara yang larut, dengan rupa yang begitu elok dan rupawan, dan dengan kekuatan yang dahsyat penuh mukzijat.


Katakanlah: “Barang siapa yang menjadi musuh Jibril, maka Jibril itu telah menurunkannya (Al Quran) ke dalam hatimu dengan seizin Allah; membenarkan apa (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman. Barang siapa yang menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mikail, maka sesungguhnya Allah adalah musuh orang-orang kafir.


Malikat Jibril adalah malaikat yang menyampaikan berita kelahiran Nabi Isa (lihat di artikel Isa) kepada ibunya Siti Maryam dan juga malaikat yang menyampaikan Al’Quran kepada Nabi Muhammad.
Dalam kisah suci perjalanan Isra’ Mi’raj, sesampainya di pos perjalanan Sidratul Muntaha, Malaikat Jibril tidak sanggup lagi mendampingi Rasulullah untuk terus naik menghadap kehadirat Allah SWT;


Beliau berkata : “Aku sama sekali tidak mampu mendekati Allah, perlu 60.000 tahun lagi aku harus terbang. Itulah jarak antara aku dan Allah yang dapat aku capai. Jika aku terus juga ke atas, aku pasti hancur luluh”.


Maha Suci Allah, ternyata Malaikat Mulia Jibril AS pun tidak sampai kepada Allah SWT.


2. Malaikat Mikail - Tugasnya dalam soal kesejahteraan manusia seperti mengantar hujan, mengantar angin, soal kesuburan tanah dan kesuburan-kesuburan lainnya.


3. Malaikat Israfil - Tugasnya dalam soal-soal yang berhubung kait dengan qiamat, seperti meniup sangkakala tanda qiamat, meniup sangkakala tanda manusia dibangkitkan di padang mahsyar dan lain-lain.


4. Malaikat Izrail - Tugasnya adalah mencabut nyawa dan membawa nyawa itu kemana mestinya.


5. Malaikat Munkar dan
6. Nakir - Tugas kedua-duanya adalah menyoal manusia yang sudah mati di alam kubur. Datang dengan wajah yang seram dan menakutkan bagi orang-orang yang mati membawa dosa dan hati yang tidak selamat. Dan sebaliknya wajah yang mereka tampilkan akan sangat indah dan menyejukkan pada mereka yang matinya husnul khatimah


7. Malaikat Rakib - Tugasnya adalah menuliskan amalan baik manusia.


8. Malaikat Atid - Tugasnya adalah mencatat amalan jahat manusia. Kedua-dua malaikat rakib atid itu sentiasa mengiringi manusia dimana saja mereka berada dan kemana sana mereka pergi. Malaikat rakib atid itu merupakan sekelompok malaikat yang jumlahnya sebanding dengan jumlah manusia sepanjang zaman.


9. Malaikat Malik - Tugasnya adalah menjaga Neraka dengan penampilan yang sangat menakutkan dan mengerikan bagi para penghuni Neraka.


10. Malaikat Ridwan - Tugasnya adalah menjaga Syurga dengan penampilan yang sangat menyenangkan para penghuni Syurga.


Itulah sepuluh malaikat yang wajib kita mengenal dan meyakininya sungguh-sungguh tanpa dicelahi keragu-raguan walaupun sedikit. Bukan hanya difikiran tetapi sampai terasa kewujudannya dihati. Sampai kita dapat membaca salam kepada mereka dan berkomunikasi dengan mereka.


Untuk itu tentu kita tidak cukup hanya belajar ilmu tauhid berkenaan dengan malaikat itu, tetapi mesti kita sentiasa bertafakkur, mujahadah, menghayati ibadah dan berdoa selalu, memohon kepada Allah agar kita diberi keyakinan yang sempurna kepada Allah dan apa-apa yang Tuhan perintahkan kepada kita untuk meyakininya. Dengan itu mudah-mudahan subur rasa bertuhan dan rasa kehambaan di hati kita, hingga benar-benar bersih hati kita, hijab dibukakan oleh Allah dan tidak ada batas lagi antara kita dengan malaikat.
Dari nama-nama malaikat di atas hanya tiga yang disebut dalam Al Qur’an, yaitu Jibril (QS 2 Al Baqarah : 97,98 dan QS 66 At Tahrim : 4), Mikail (QS 2 Al Baqarah : 98) dan Malik (QS Al Hujurat). Sedangkan Israfil, Munkar dan Nakir disebut dalam Hadits.


Nama Malaikat Maut, Izrail, tidak ditemukan sumbernya baik dalam Al Quran maupun Hadits. Kemungkinan nama malaikat Izrail didapat dari sumber Israiliyat. Dalam Al Qur’an dia hanya disebut Malaikat Maut. Walau namanya hanya disebut dua kali dalam Al Qur’an, malaikat Jibril juga disebut di banyak tempat dalam Al Qur’an dengan sebutan lain seperti Ruhul Qudus, Ruhul Amin dll.
Selain malaikat tersebut diatas Al Qur’an juga menyebutkan beberapa malaikat lainnya, seperti :

  1. Malaikat Zabaniyah – 19 malaikat penyiksa dalam neraka
  2. Hamalatul Arsy – empat malaikat pembawa Arsy Allah (pada hari kiamat jumlahnya akan ditambah empat menjadi delapan
  3. Malaikat Rahmat (kitab Daqoiqul Akhbar)
  4. Malaikat Kiraman Katibin – pencatat amal baik dan buruk
  5. Malaikat Harut dan Maru

Namun ada Ulama' yang berpendapat setiap manusia mempunyai 5 malaikat yang menjaganya iaitu:

  • 2 Malaikat yang bertugas pada setiap 2 waktu sembahyang (Subuh dan Asar)
  • 2 Malaikat menjaga amalannya iaitu Malaikat Raqib & Atid dan 1
  • 1 Malaikat Hafazah yang menjaganya dari sebarang kemalangan (sebelum tiba waktunya)
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w. Malaikat malam dan malaikat siang sentiasa bergilir-gilir mendatangi kamu dan mereka itu berkumpul pada waktu sembahyang subuh dan ‘Asar kemudian naiklah yang menginap pada kamu, lalu Allah bertanya dan Dia sebenarnya memang mengetahui : Bagaimanakah keadaan hamba-hambaKu sepeninggalan kamu?” Jawab malaikat-malaikat itu; Kami tinggalkan mereka dalam sembahyang, dan kami datangi mereka sedang sembahyang pula”.(Hadis sahih riwayat Muslim)
Ulama mengatakan Raqib dan Atid, dan Kiraman Katibin adalah 2 malaikat yang sama, cuma dalam quran dibezakan dari segi tugasnya.. Raqib dan Atid merekodkan percakapan manusia, Kiraman Katibin merekodkan perbuatan manusia.


Sahabat-sahabat sekelian marilah kita beramal kepada kebaikan dan meninggalkan larangannya. Sesungguhnya setiap amalan kebaikan dan keburukan itu akan dicatit dan disimpan dan akan dihitung oleh Allah di Akhirat kelak. Marilah kita beramal soleh dan perkukuhkan iman kita supaya kita bersungguh-sungguh meninggalkan perkara-perkara yang buruk serta dilarang oleh Allah SWT.