Jumaat, 18 Mei 2012

Dosa simpan kuku panjang

Tahukah sahabat-sahabat, bahawa berdosa jika kita berkuku panjang. Dosa berkuku panjang adalah sama seperti kita memelihara sekandang babi. Dosa besar tu sahabat-sahabat!!. So tak payah la lagi lepas-lepas ni nak berkuku panjang. Lagi pun berkuku panjang ni tak baik untuk kesihatan, kerana kuman-kuman atau kekotoran mudah terperangkap di bawah kuku yang menyebabkan makanan yang dipegang akan menjadi tercemar. Kuku yang panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E=Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan mengunakan sabun. Jika anda seorang ibu yang berkuku panjang yang menyediakan makanan untuk anak-anak, boleh menyebabkan anak-anak menjadi nakal dan susah untuk ilmu masuk ke dalam kepala. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri serta untuk kesejahteraan keluarga anda.

Cara memotong kuku mengikut sunnah nabi SAW.


Berikut adalah hari-hari yang digalakkan di dalam Islam untuk memotong kuku

* Hari Sabtu    : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad     : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin      : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa   : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu     : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis  : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
* Hari Jumaat   : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat     daripada Allah Taala.

2 ulasan:

HanaNabihah berkata...

membuat kunjungan kembali & follow. TQ ye. =D

mengenai potong kuku ni, mak Hana pon mmg bising kalau Hana potong kuku mlm xpon x ikot hari2 tertentu. Dulu Hana tak paham kenapa. Tp sekarang baru Hana tau. huhu

Qaseh Humayra berkata...

Alhamdulillah...islam itu indah..setiap apa yang dituntut & dilarang pasti ada hikmahnya & sebabnya...semoga ilmu yang bermanfaat ini dapat Hana kongsikan jgk pada kawan-kawan yang lain..